Sunday, March 25, 2018

JEREBU KEMBALI LANDA IBU NEGARA( hadigoldjewellery-0138258845 )



BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU), 16 Ogos 2016, 12 tengah hari. - Sumber apims.doe.gov.my KUALA LUMPUR: Jerebu yang kerap melanda negara pada pertengahan tahun, dikesan berulang mulai tengah hari ini. Tinjauan BH kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi mendapati, jarak penglihatan di sekitar bandar raya agak kabur dan berasap. Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar mendapati sehingga jam 10 pagi ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan bacaan sederhana iaitu kurang daripada 100. Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 54 dan 60 manakala bacaan tertinggi ialah di Kemaman, Terengganu iaitu 70. IPU terendah dicatat di Sandakan, Sabah dan ILP Miri, Sarawak iaitu 27. Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.